Tuesday, 26 June 2007

Tanda - Tanda Kiamat

Dari Auf b. Malik r.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat."


1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari Cyclips : dah jadi dah...
2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
Cyclips : dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi wanita" - Ibnu Majah
Cyclips : Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...

4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
Cyclips : memang dah nampak dah... tu ada masjid terapung yg diaorg buat di Selat Melaka kalo tak silap aku..

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
Cyclips : Ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu... Smlm lak ada kes adinda Sultan Pahang mati ditikam anak sendiri..

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
Cyclips : Kita boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal... Hmm.. Aku jugak perasan dlm family aku, pakcik makcik yg sgt baik dan soleh meninggal dulu dari yg lain.. Hmm.. Termasuklah arwah ayahku yg tersayang... Al-Fatihah..

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani
Cyclips : George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada.... Fikir-fikirkanlah siapa yer...

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
Cyclips : Kkdg jiran sesama islam pon tak bertegur sapa.. Kalo jumpa buat bodo aje.. Susah nak tgk semangat kejiranan yg kuat sesama Islam..

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda hari kiamat ialah akan muncul pakaiani wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".
Cyclips : Tgk la fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)...

10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
Cyclips : tak caya gi tengok...

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu memfitnahmu" - Sahih Muslim
Cyclips : Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah yg popular skarang nie...

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad
Cyclips : tengok kes peperangan Iraq...

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai" - Sahih Muslim

Cyclips : Dubai sudah turun salju... Mina sudah kena banjir... :):):)

No comments: